Wednesday 2 October 2013

Salah Siapa SEBENARNYA?? actually dua2 salahh tp...

Assalamualaikum.. dear my lovely blog hehe.. seperti yg korang suma tau..ak sambung blajar dlm bdang seni bina...yeee sangat2 bersyukur.. alhamdulillah ;)

okeh..setiap orang yg bergelar PELAJAR mesti akan menempuhi cabaran dlm apa jua keadaan contoh ,,cabaran dlm persekitaran..pelajaran..kawan2..pengankutan dan sbgainya..dan bg diri ak (ataupun snang ckp satu klas laa).. kitorang kena berdepan dgn seorang pensyarah yang sangat10x tegas dan menakutkan..


ak cita dlm ni bukan nak memburukkan apatah lagi mengaibkan dia..just nak kongsi cita jaa..

beliau seorang yg serius dan garang dlm kelas...tp kadang2 bila ada sesuatu yg menyebabkan dia tersenyum atau tergelak..kitorang bagaikan terpukauu dan terdiam..sebab dia jarang gilaaa nak senyum ka apatah lg nak buat lawak,, =_=" ok fine sambung cita..kitorang ada final projek dlm subject tu..so kena buat presentation scara individu..yg paling menakutkan bila dia ada kata


1."kalau x memuaskan atau membosankan..sya akan 'cut' dan kamu buat lain (redo).."

2. "sya tanya kamu nanti..kamu nak menangis ka apa ka..sya x peduli"

. . . . .

dan kitorang pun just buat presentation slide dlm power point..dlm kertas briefing tu actually kitorang kena buat presentation dan hantar report..tp kitorang smua ingat antar report seminggu slpas presentation slide tu..lgpun beliau x ckp apa2 pun pasal report tu..dan memang salah kitorang la x tanya dia kan..humphh

dan hari keesokkan pg nak present tu..lebih kurang half of my classmate blum siap lg presentation.. "dia tnya spa nak present nihh",, smua snyap jaa..dan of course lahh dia marah,,keje tu actually dia dah bg 2 bulan sblum due date lagi.. dan bila dah smua snyapp.. trus dia ckp.. "kalau x dak spa2 nak present saya bg kosong!!" ohh korang tak tahu penangan kalau dpt kosong dlm presentation subject tuu..alamatnyaa kami semua satu class ni kena repeat sem untuk thun dpan.. wa'iyazu billah (mintak ALLAH jauhkann..)


smua dah mcm x tahwan (x ketahuan) bila dia ckp mcm tu...last2 wakil kelas kitorang arr pegi dpan..walaupun sbnarnya dia pun x habis cari lagi..tp takut punya pasall..apapun dia berani right?..okeh ingat tenteram la skit bila ada yg nak present..tp tetiba dia ckp "yg nak present tu..hantar report kat sya"...apa lagi ktorang mcm HAHH REPORTT??!.. then trus dia kata.. "ada report x??..xde?? ok class dismiss" trus dia kluarr dr klas kitorang..


kalau korang nak tahu..

aku sebenarnya kagum dgn beliau sbb maklumat yg dia dpat tu x da dlm buku teball aku tu.. dan maklumat ni hnya diperolehi oleh seseorang yg berpengalaman dlm bidang tu jaa..ak seriously x salahkan beliau sbb x bgtau kitorang atau bg briefing.. sepatutnya kitorang laa yg kena tanya dia.. dan walaupun kbanyakkan x puas hati dgn dia..,,kritik cara dia mengajar laa..,,kadang2 ada yg mengata dia kat blakang laa..,,ada yg mengajuk tanpa sedar laa..dia tetap CIKGU kita right?? bnyangkan dah belas tahun dia mengajar,,walaupun hnya dengan sebaris ayat..tp dengan ayat tu anak2 murid dia guna dan mengajar pulak kat orng lain...dan orang lain tu plak bgtau plak dkt orng2 lainnn..agak brapa bnyaklaa pahala yg dia dpt hnya dngan bgtau sebaris ayatt tu jaa..

tp apapun aku doakan semoga ALLAH lembutkan hati dia..,, jadi seorang pengajar yg disukai,dihormati dan dikagumi oleh anak2 murid dia..dan yg paling penting semoga dia menjadi seorang pengajar yang mengajar niat KERANA ALLAH DAN NIAT NAK ANAK MURID DIA MENJADI SEORANG ARKITEK YANG BERJAYA SUATU HARI NANTI ATAUPUN MENGGANTI TEMPAT DIA DGN JADI SEORNG PENSYARAH ..


so bila dah bincang2 dgn smuaa..kitorang kena buat present hari sabtu ni pkul 9..SO KORANG smua wish me and my friends luck okehh...doakan smua berjalan lancar..dia x marah2 dan kitorang dapat siapkan hari tu jgak dgn xda apa2 masalahh..aaminnn ..apapun kita hanya mampu MERANCANG tp PERANCANG yg terbaik adalah ALLAH s.w.t.. wallahua'alam n_n

No comments:

Post a Comment