Friday 11 December 2015

suka dari kecik?

assalamualaikum, yeah that the topic i want to share with u gais..,

masa aku sek rendah, aku slalu sngat bergaduh dgn si budak lelaki ni, nama dia k... m....,

satu hari ni teacher bahasa inggeris ubah kedudukan kitorang dalam kelas., ditakdirkan aku duduk sebelah dia.., apalagi dua2 pakat x puas hati,tp x boleh nak ckp bnyak sbb teacher tu teramatlaa garang, jadi aku dn dia prefer diam ja.., 

bnyangkan setiap hari masuk klas drpd pagi sampai tghari asyik bergaduh ja..,memanggil dengan nama yg pelik2 dah biasa sangat, dia panggil aku kera,,siapa x marah kan? memang kuaang jaaq

sampaikan satu tahap ni aku memang dah x tahan then tukar tmpat duduk,tp x la tukaq terus sbb time klas bi ja kitorang kena duduk sebelah menyebelah balik. kalau x memang kena la dgn teacher murni tuu..huhu (tp best la sebenarnya teacher tu ^^

tp smua tu tetiba berubah, time nak ambik result upsr, dia datang kat aku persenal, dia ucap tahniah kat aku sambil tersengih
time tu first time ak nampak dia sangat2 ikhlas bila dia ckp tahniah dan sopan plak tetiba dengn aku..ke sbb kitorang akan berpisah dan x akan bergaduh lg nanti? knapa itu buat aku sedih

kitorng sekolah menengah lain2, start drpd hari tu, aku smpan suka aku ni dah dkat 8 tahun smpai sekarang.., pelik kan? benda ringan je.., 

hahaha ada la masa tingkatan 4 tu dia pernah contact balik melalui chatting fb, kitorang msej2 facebook jee..,bahagia dia jgn ckp la, bnyangkan laa kalau orng yg korang dah lama suka tetiba start chatting dgn korang huhuhu,, (menggeletar jgak la tgn ni nak menaip time tu)

walaupun x feeling2 tp dia slalu kongsi masalah dia, jd ak akan tolong bg pendapat mcm mana nak atasi,,dan kadang2 dia bg nasihat,,dan kadang2 kitorng mengarut2 ja dan kadang2 share pasai pembelajaran,,haha kitorang chatting pernah sampai pkul 1 pg.. tp chatting ni x lama pun..smpai awal tingkatan 5 aku stop chatting, sbb 

satu hari ni, dlm klas,aku terdengar ada kawan aku terbaca majalah solusi ke apa tah.., berkenaan berchatting dgn bukan mahram,, ibarat berkhalwat 'berdua-duaan'..benda ni seriusly menikam jantung aku.., 

aku mntak nasihat kawan baik aku shakirah,memang slalu cari dia kalau nak mntak nasihat,sbb dia budak baik2 dan kuat pegangannya,

si dia ckp "maira,satu je kirah nak ckp, berkatalah jujur walaupun pahit, kalau sayang lillahitaala (kerana Allah) ,kalau nakkan hubungan yg Allah redhai, kalau takutkan azab Allah, jujurlah dgn dia..,"

seriusly aku terdiam wei,, aku terus balik rumah, karang ayat then sent kat si KM ni..dalam karangan aku tu, aku jujur dgn dia pasal x boleh dah chatting2 ni sbb melibatkan dua orng ja,walaupun nak berbincang pasal pembelajaran, panjang jgak la aku bgtau..lepas2 tu terus kitorang dah x chatting..sampai la skrng..

ak x rasa menyesal lansung sbb niat aku aku nak hubungan yg Allah redhai.., ak slalu berdoa sebelum ni supaya Allah jauhkan aku dan dia drpd maksiat yg boleh mengundang kemurkaan Allah.., dan akhirnya Alah makbulkan doa aku.. alhamdulillah.. apapun kita doakan yg terbaik untuk masing2..,

. . . . . 

ustaz pernah ckp..

"kalau kita sayangkan orng tu,rindu orng tu,smpankan dia dalam doamu,,dan berdoalah kpd DIA si pemilik Cinta dn Alam ni..

" jodoh tu milik Allah, suprise dan kadang2 ia x masuk dek akal" 

#nak tnya ni, 9 tahun lama sangat ke? haaha
#berbaloikah setia dan suka benda yg x pasti?
#smoga Allah permudahkan urusan, jodoh, pembelajaran, kita semua... aaaminnnnn